2025-05-21 IDOPRESS

Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR,20 MEI - Prestasi perdagangan Malaysia terus mengekalkan trajektori positif pada April 2025,meningkat 18.2% tahun ke tahun kepada RM261.94 bilion.
Ia merupakan nilai bulanan tertinggi dicatatkan sejak Ogos 2022,dengan merekodkan pertumbuhan ke-16 bulan berturut-turut sejak Januari 2024,menurut Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini.
''Peningkatan disumbangkan oleh pertumbuhan kukuh dua digit eksport dan import pada bulan ini,dengan pengembangan eksport sebanyak 16.4 peratus kepada RM133.56 bilion.
Manakala import naik 20 peratus kepada RM128.37 bilion dan lebihan dagangan bernilai RM5.19 bilion,untuk ke-60 bulan berturut-turut,sejak Mei 2020,'' jelas MITI.
Pertumbuhan eksport didorong terutamanya oleh permintaan kukuh bagi barangan perkilangan,terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E),yang mencatatkan peningkatan hampir RM16 bilion.
Dari segi pasaran,eksport yang kukuh dicatatkan ke negara rakan dagang utama,iaitu ASEAN,China,Amerika Syarikat (AS),Kesatuan Eropah (EU) dan ke Taiwan yang mencapai rekod tertinggi baharu.
Sementara itu,jumlah eksport ke rakan dagang Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kembali meningkat,merangkumi pertambahan eksport ke Mexico,India dan Korea Selatan yang disumbangkan oleh kenaikan eksport barangan E&E.
Bagi tempoh Januari hingga April 2025,perdagangan,eksport dan import mencatatkan nilai tertinggi pernah direkodkan bagi tempoh sama.
Perdagangan meningkat 7.2 peratus tahun ke tahun kepada RM977.61 bilion,eksport naik 7.3 peratus kepada RM511.92 bilion dan import bertambah 7 peratus kepada RM465.69 bilion.
Lebihan dagangan pula mencatatkan pertumbuhan dua digit 10.4 peratus kepada RM46.23 bilion.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur