2025-05-21 IDOPRESS
Ciri utama projek ini merangkumi penambahan satu lorong bagi setiap arah serta pelebaran bahu jalan daripada 2.5 meter kepada 3 meter di kedua-dua belah / Foto ihsan AFA PRIME Bhd
KUALA LUMPUR,20 MEI - Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak dijadual bermula suku kedua 2025,manakala kerja-kerja mitigasi banjir di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah dimulakan,menurut AFA PRIME Berhad,pemegang konsesi kedua-dua lebuhraya itu.
Projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak meliputi jajaran antara Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong,selaras dengan peningkatan jumlah trafik yang berterusan,terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan.
''Kerja-kerja persediaan termasuk pemotongan cerun,penaiktarafan sistem perparitan,mitigasi banjir,dan pembinaan tembok penahan kini sedang dijalankan,dengan jangka masa pembinaan keseluruhan selama 48 bulan,'' jelas Ir. Vijayaraj,Pengarah Eksekutif AFA PRIME Berhad.
''Ciri utama projek ini merangkumi penambahan satu lorong bagi setiap arah serta pelebaran bahu jalan daripada 2.5 meter kepada 3 meter di kedua-dua belah.
''Ini akan membolehkan bahu jalan diaktifkan secara fleksibel sebagai lorong pintar pada waktu puncak,sekali gus menambah bilangan lorong operasi dan meningkatkan kelancaran aliran trafik dengan ketara,'' katanya.
Seiring dengan projek pelebaran Lebuhraya KL-Karak,kerja-kerja mitigasi banjir di sepanjang LPT1 turut dimulakan bagi meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim dan memastikan operasi lebuh raya berjalan lancar tanpa gangguan sewaktu cuaca ekstrem.
Usaha berterusan ini merangkumi penilaian risiko menyeluruh,serta penambahbaikan infrastruktur bagi mengurangkan risiko banjir kilat sepanjang laluan tersebut.
Classic Never Fades. iCAUR Unveils New Brand Vision
Innovation·Defining the Future: JETOUR JMA Global Media Alliance Tech Tour Kicks Off
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur