2025-05-21 IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,21 Mei- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM37.58 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.26 bilion dalam dana Islam.
Pada hari ini,BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik,termasuk tender RM2 bilion selama tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 33 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM42.1 bilion dan RM21.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur