2025-05-21 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,20 Mei - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa disokong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh,kata peniaga minyak sawit David Ng.
Katanya,harga minyak sawit olein yang lebih kukuh di Bursa Komoditi Dalian turut meningkatkan sentimen pasaran.
“Kami melihat paras sokongan pada RM3,800 setiap tan dan paras rintangan pula pada RM4,000 setiap tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta baharu bagi Jun 2025 naik RM29 kepada RM3,920 setiap tan,Julai 2025 meningkat RM29 kepada RM3,922 setiap tan dan Ogos 2025 menokok RM26 kepada RM3,908 setiap tan.
Kontrak bagi September 2025 berkembang RM23 kepada RM3,897 setiap tan,Oktober 2025 bertambah RM22 kepada RM3,894 setiap tan dan November 2025 melonjak RM20 kepada RM3,897 setiap tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 74,851 lot daripada 56,961 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 242,380 kontrak daripada 237,903 kontrak.
Harga fizikal MSM bagi Jun Selatan naik RM10 kepada RM3,960 setiap tan.-BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur