2025-05-23 HaiPress

Pegawai PERHILITAN ditempatkan di KLIA kekang penyeludupan haiwan liar./Foto Bernama
KUALA LUMPUR,23 Mei- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) mengetatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu keluar negara bagi menyekat penyeludupan haiwan liar eksotik.
Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia,Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata,ketika ini terdapat kira-kira 20 pegawai ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Melalui kerjasama ini,cubaan menyeludup haiwan liar dilindungi terutama ke India berjaya disekat di pintu utama keluar negara.
“Peningkatan kes penyeludupan hidupan liar dilindungi melalui KLIA ke bandar utama di India ada kaitan dengan permintaan dari negara berkenaan,” katanya.
Menurutnya,India mempunyai pasaran yang luar,sekali gus menjadi tumpuan sindiket penyeludupan haiwan liar dilindungi.
“Selain dijual sebagai haiwan peliharaan,pasaran gelap di negara itu amat menggemari tanduk badak sumbu,sisik tenggiling dan tulang harimau bagi tujuan perubatan tradisional,kejayaan demi kejayaan dilakukan PERHILITAN susulan penahanan individu yang cuba menyeludup pelbagai haiwan liar seperti siamang,kura-kura,orang utan,gibbon,burung koel,biawak dan pelbagai haiwan lain ke India.
Difahamkan,India menjadi destinasi utama dengan hampir 73 peratus kes termasuk empat insiden di Lapangan Terbang Chennai.
Berdasarkan maklumat,Lapangan terbang Chennai dan Mumbai di India adalah hab utama untuk aktiviti haram ini.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur