2025-05-23 HaiPress

Tan Sri Dr Johari Abdul
KUALA LUMPUR,23 Mei- Malaysia sekali lagi mengukuhkan peranannya di peringkat serantau apabila menjadi tuan rumah kepada Perhimpunan Antara Parlimen Interface ASEAN (ASEAN-AIPA Interface) ke-14 yang merupakan platform penting dalam menyatukan suara cabang legislatif dan eksekutif negara-negara ASEAN.
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat,Tan Sri Dr Johari Abdul berkata,mesyuarat itu memperkukuh perpaduan dan kesepaduan ASEAN ke arah mencapai matlamat rantau lebih aman,inklusif dan mampan.
"ASEAN ini ada dua entiti utama satu ialah eksekutif melalui Sidang Kemuncak ASEAN,dan satu lagi ialah legislatif melalui AIPA. Oleh itu,perlu ada satu pertemuan,yang kita namakan secara bersemuka,untuk menyatukan suara rakyat yang dibawa oleh ahli parlimen dan suara pemerintah yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota media di sini.
Mesyuarat berkenaan akan membincangkan isu-isu utama termasuk alam sekitar,keselamatan makanan,serta pertumbuhan inovasi dan teknologi serantau.
"Antara fokus utama ialah isu alam sekitar dan penggunaan tenaga boleh baharu. Kita mahu melihat kerjasama teknologi,pertukaran maklumat dan penyelidikan dalam kalangan negara ASEAN," katanya lagi.
Beliau juga menekankan bahawa negara ASEAN mempunyai sumber alam dan tenaga kerja mencukupi untuk menjamin bekalan makanan serantau tanpa bergantung sepenuhnya kepada import luar.
Selain itu turut diberi tumpuan ialah meningkatkan perdagangan intra-ASEAN yang ketika ini mencatat sekitar 25 peratus,jauh lebih rendah berbanding kebergantungan kepada negara-negara luar.
"Kalau kita ada 700 juta penduduk tetapi perdagangan sesama kita hanya 25 peratus itu menunjukkan kita masih belum maksimumkan potensi. Kerjasama ekonomi yang kukuh boleh memperkasa rakyat dan ekonomi serantau," katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur