2025-05-23 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Sesi Pemukiman Setahun Selepas KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto- RTM
PUTRAJAYA,23 Mei – Pelaksanaan pelan pasca Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 perlu digerakkan segera menerusi satu gerakan nasional agar segala perancangan dapat diterjemah kepada tindakan berimpak tinggi.
Gesaan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan keperluan perubahan menyeluruh daripada peringkat dasar hingga pelaksanaan.
Menurutnya,pendekatan lebih agresif,konsisten dan berfokus perlu menjadi asas kepada usaha pelaksanaan pelan pembangunan Bumiputera.
“Saya mahu satu momentum nasional yang benar-benar kukuh untuk menjadikan misi ini sebuah gerakan nyata,” katanya semasa merasmikan Sesi Pemukiman Setahun Selepas KEB 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),hari ini.
Beliau turut menekankan,langkah pertama ke arah lonjakan tersebut ialah memperkukuh komunikasi strategik secara menyeluruh oleh semua pemacu utama di bawah kerangka Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
“Setiap pemacu mesti mempunyai pelan komunikasi yang jelas,agresif dan konsisten. Ia bukan sahaja bersifat teknikal,tetapi perlu menyentuh hati rakyat dan menggerakkan sokongan akar umbi,” ujarnya.
Katanya lagi,kejayaan pelan pembangunan Bumiputera hanya dapat dicapai sekiranya rakyat benar-benar memahami matlamat,hala tuju dan kesan sebenar pelan tersebut terhadap kehidupan mereka.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur