2025-05-23 HaiPress

Foto- AFP
SINGAPURA,22 Mei – Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan 3.9 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ia disokong permintaan global yang lebih kukuh apabila syarikat bertindak awal sebelum tarif Amerika Syarikat (AS) dinaikkan.
Data rasmi yang dikeluarkan pada Khamis,menunjukkan prestasi itu melepasi anggaran awal 3.8 peratus,namun kekal lebih perlahan berbanding pertumbuhan
5 peratus pada suku keempat 2024.
Secara sukuan,ekonomi menyusut 0.6 peratus,menandakan risiko kelembapan yang masih ketara.
Kementerian Perdagangan berkata,pertumbuhan disumbang sektor pembuatan dan perdagangan borong,dipacu aktiviti ‘front-loading’ menjelang tarif AS yang lebih tinggi.
Walaupun Singapura tidak dikenakan tarif secara langsung,pergantungan besar terhadap perdagangan global menyebabkan ekonominya terdedah kepada kesan limpahan daripada ketegangan dagangan AS-China.
Presiden AS Donald Trump telah menangguhkan sebahagian tarif baharu selama 90 hari sejak April lalu kecuali terhadap China,namun rundingan terbaharu mencetus harapan penyelesaian damai antara dua ekonomi terbesar dunia itu.
Bagaimanapun,kementerian memberi amaran bahawa prospek ekonomi global masih diselubungi ketidaktentuan dan berisiko menurun,dengan perniagaan dan isi rumah dijangka berbelanja secara berhati-hati.
Unjuran pertumbuhan Singapura bagi 2025 kekal antara sifar hingga dua peratus,lebih rendah berbanding anggaran awal antara satu hingga tiga peratus.-AFP
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur