2025-05-23 IDOPRESS

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,23 Mei - Agensi keselamatan dan pasukan teknikal pagi ini,menjalankan simulasi menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini,di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Simulasi itu sebahagian daripada usaha penyelarasan akhir bagi memastikan kelancaran perjalanan acara berprofil tinggi itu,yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin utama rantau ASEAN serta rakan strategik antarabangsa.
Antara negara yang mengambil bahagian dalam simulasi pagi ini termasuk Malaysia selaku tuan rumah,Indonesia,Thailand,Singapura,dan Vietnam. Turut serta dalam latihan persediaan ialah delegasi dari Arab Saudi dan Oman mencerminkan kerjasama erat antara ASEAN dan negara-negara Asia Barat.
Tinjauan juga mendapati Kementerian Luar Negeri,Polis Diraja Malaysia (PDRM),agensi keselamatan,pasukan protokol dan wakil media tempatan serta antarabangsa turut memainkan peranan masing-masing dalam memastikan semua aspek keselamatan,logistik dan teknikal diuji dengan teliti.
Langkah keselamatan dan kawalan pergerakan turut diperhalusi menerusi simulasi tersebut,termasuk kawalan laluan keluar masuk,atur cara ketibaan delegasi dan pengurusan media.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dijadual bermula 26 Mei ini dan dijangka menjadi platform penting dalam membincangkan isu-isu serantau,kerjasama strategik,serta hala tuju masa depan Komuniti Asean.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur