2025-05-23 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Raudhah Kampung Dato’ Onn/ BERNAMA
JOHOR BAHRU,23 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar Raudhah,Kampung Dato Onn di sini bersama kira-kira 500 jemaah.
Semasa di masjid berkenaan,Perdana Menteri turut mendengar khutbah bertajuk Anak-Anak Kita,Masa Depan Kita yang menceritakan kepentingan mendidik anak-anak dengan didikan al-Quran,serta kewajipan memberikan pendidikan kepada ahli keluarga.
Datuk Seri Anwar turut meluangkan masa,bersua muka dan bersalaman dengan para jemaah masjid.
Turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid itu ialah Ahli Parlimen Johor Bahru,Akmal Nasrullah Mohd Nasir,Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi,serta Setiausaha Kerajaan Negeri,Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Sebelum itu,Datuk Seri Anwar juga berkesempatan menjamu selera di restoran berhampiran.
Pada sebelah petang,Perdana Menteri dijadualkan merasmikan Program MADANI Rakyat 2025 Johor di Toppen Shopping Centre,Johor Bahru.
Selain itu beliau juga dijadualkan untuk menyampaikan ucapan dasar serta merasmikan Kongres Nasional Keadilan 2024/2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada,Johor Bahru,malam ini.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur