2025-05-23 IDOPRESS

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor,Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
ISKANDAR PUTERI,23 Mei - Lima pemaju di Johor dikenakan tindakan selepas gagal membina Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).
Pembinaan RMMJ oleh pemaju terbabit juga tidak setara dengan projek pasaran bebas.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor,Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata,pemaju terbabit telah dimasukkan ke dalam senarai Kaveat Pendaftar.
Tindakan itu menghalang mereka daripada melakukan sebarang urus niaga dan bukan urus niaga.
Kesalahan lain termasuk kegagalan mematuhi garis masa yang ditetapkan Jawatankuasa Penilaian,Perancangan dan Pembangunan (PDRC).
Mereka juga telah disenarai hitam oleh Pihak Berkuasa Tempatan,Pejabat Tanah dan Galian serta Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).
Menurut Datuk Mohd Jafni,sepuluh lagi pemaju kini sedang berada dalam perhatian kerajaan negeri.
Perkara itu dimaklumkan semasa Mesyuarat Pertama Pembukaan Rasmi Penggal Persidangan Keempat,Dewan Negeri Johor ke-15 di Iskandar Puteri.
Dalam pada itu,sebanyak 72 notis telah dikeluarkan terhadap warga asing yang berniaga tanpa lesen di seluruh Johor setakat April lalu.
Kesalahan itu turut melibatkan 233 sitaan dan 96 kompaun,dengan nilai keseluruhan mencecah RM68,000.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur