2025-05-23 IDOPRESS

Foto fail
PUTRAJAYA,23 Mei - Ekonomi Malaysia menunjukkan petanda pemulihan sederhana apabila Indeks Pelopor (IP) bagi Mac 2025 meningkat sebanyak 0.6% kepada 112.5 mata berbanding 111.9 mata tahun lalu.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan berkata,peningkatan disumbang terutamanya bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan dan Import Benar Semikonduktor.
Katanya,bilangan Unit Kediaman yang diluluskan pembinaan (27.8%) dan Import Benar Semi Konduktor (22.3%) telah menyumbang secara positif kepada kenaikan tersebut.
"Namun begitu,pada asas bulanan,IP mencatatkan penurunan marginal 0.04%,dipengaruhi prestasi yang kurang memberangsangkan terutamanya dalam Indeks Perusahaan Bursa Malaysia dan Import Benar Semi Konduktor,masing-masing mencatatkan penurunan 0.2 peratus" katanya dalam kenyataan itu.
Beliau menjangkakan ekonomi negara terus berkembang walaupun perlahan,disokong oleh asas ekonomi kukuh dan pengurusan fiskal proaktif.
Sementara itu,Indeks Serentak (IS) turut menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 1.4% kepada 126.8 mata,meskipun terdapat penurunan bulanan 0.2% akibat penyusutan kapasiti penggunaan dalam sektor pembuatan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur