2025-05-26 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersalaman dengan rakan sejawatannya dari Laos Dr Sonexay Siphandone (kiri),selepas mengadakan pertemuan empat-mata sempena lawatan rasmi tiga hari perdana menteri Loas itu ke Malaysia/ Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,25 Mei - Malaysia dan Laos bersetuju mempercepatkan fasa kedua pembinaan kabel bawah laut Vietnam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,inisiatif itu bagi memanfaatkan beberapa negara di rantau ini termasuk Lao PDR,Kemboja,Thailand,Malaysia dan Singapura.
"Tetapi sebagai fasa pertama,ia melibatkan kabel dasar laut dari Vietnam ke Utara Tanah Melayu. Namun,saya bersetuju dengan Perdana Menteri Sonexay Siphandone bahawa kita perlu mempercepatkan fasa kedua agar ia dapat memberi manfaat kepada Lao PDR,Kemboja dan Thailand ke Tanah Melayu dan Singapura," katanya.
Datuk Seri Anwar bercakap dalam sidang media bersama dengan Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone,di Kompleks Perdana Putra,di sini.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur