2025-05-26 HaiPress

Abdullah Ali Al-Yahya dan Sheikh Khalifa Ali Al Harthi tiba di Malaysia
KUALA LUMPUR,25 Mei- Menteri Luar Kuwait,Abdullah Ali Al-Yahya tiba di ibu negara menjelang Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pada 27 Mei.
Ketibaan beliau dan delegasi disambut oleh wakil daripada Kementerian Luar Negeri (KLN).
Selain Menteri Luar Kuwait,turut tiba hari ini ialah wakil Menteri Luar Oman Sheikh Khalifa Ali Al Harthi.
Kuwait dan Oman merupakan dua daripada enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC),selain Arab Saudi,Bahrain,Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Mesyuarat pegawai kanan sudah bermula pada Jumaat lalu diikuti mesyuarat peringkat menteri hari ini,manakala mesyuarat ketua kerajaan dijadualkan berlangsung pada 26 Mei.
Terdahulu Perdana Menteri Laos,Sonexay Siphandone serta delegasi tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46,Sidang Kemuncak ASEAN-GCC,dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China yang dijadualkan pada esok dan 27 Mei nanti.
Persidangan tersebut dijangka akan memberikan tumpuan peranan ASEAN sebagai platform kukuh dan responsif dalam mendepani cabaran geopolitik dan geoekonomi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur