2025-05-26 HaiPress

Gandingan ketujuh dunia itu menumbangkan bekas juara dunia 2022,Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada aksi akhir di Axiata Arena-Foto BAM
KUALA LUMPUR,25 Mei - Beregu badminton negara,Man Wei Chong-Tee Kai Wun cipta kejutan apabila berjaya menumbangkan bekas juara dunia 2022,Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada aksi akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia.
Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena itu,Wei Chong- Kai Wun mengungguli set pertama 21-12,sebelum tewas 15-21 pada set kedua.
Gandingan ketujuh dunia itu kemudiannya bangkit pada set ketiga menerusi kemenangan 21-16 dalam tempoh 50 minit.
Kejayaan tersebut sekali gus menamatkan penantian selama 12 tahun negara dalam acara beregu lelaki selepas kali terakhir ia dimenangi pasangan Goh V Shem- Lim Khim Wah.
Lebih membanggakan,ia merupakan kejayaan kedua berturut-turut buat Wei Chong-Kai Wun selepas memenangi kejuaraan badminton Indonesia Masters Januari lalu.
Dalam perseorangan lelaki,pemain China Li Shi Feng menewaskan Srikanth Kidambi dari India 21-11 dan 21-9.
Manakala perseorangan wanita dimenangi Wang Zhi Yi juga dari China yang mengatasi rakan senegara Han Yue 13-21,21-13 dan 21-18.
Aksi beregu campuran turut dimenangi wakil China,Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.
Diikuti kemenangan satu lagi gandingan China Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam acara beregu wanita yang menewaskan rakan senegara,Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 21-17 dan 21-18.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur