2025-05-26 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Mei– ASEAN tidak pernah bersikap teragak-agak dalam menyuarakan pendirian terhadap isu Palestin,sebaliknya terus komited memperjuangkan keadilan untuk rakyat wilayah yang dizalimi itu.
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sedemikian bagi menepis tanggapan bahawa ASEAN lambat bertindak dalam membawa isu berkenaan ke meja perbincangan rasmi.
Menurut beliau,mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang berlangsung hari ini telah membuka ruang penting untuk membawa isu Palestin ke peringkat lebih tinggi dalam kalangan pemimpin serantau.
"Dalam ucapan pembukaan saya,ASEAN telah ditegaskan untuk tampil bersuara,bukan berdiam diri terhadap penindasan,khususnya yang berlaku ke atas rakyat Palestin.
"Kami sedang mengatur langkah untuk memastikan perkara ini diangkat ke sidang kemuncak pemimpin esok," katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain,Datuk Seri Mohamad menyentuh berkenaan status permohonan Ukraine untuk menjadi Rakan Dialog Sektoral ASEAN.
Katanya,isu itu masih dalam proses penelitian dan perbincangan lanjut akan diteruskan di peringkat tertinggi.
"Kami telah meminta Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN (SOM) untuk melaksanakan tindakan susulan yang sewajarnya bagi membolehkan perkara ini dikaji secara menyeluruh," jelasnya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur