2025-05-26 HaiPress

Foto FB Tabung Haji
KUALA LUMPUR 25 Mei- Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mencatat sejarah apabila menerima Anugerah Inspirasi Hijrah bersempena Takaful Star Awards 2025 yang diadakan di ibu negara semalam.
Anugerah anjuran Malaysian Takaful Association (MTA) itu diberikan kepada institusi bukan takaful yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan industri takaful di Malaysia.
Menurut kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH,Tuan Haji Mustakim Mohamad,pengiktirafan itu mencerminkan komitmen TH dalam memperjuangkan nilai-nilai sejajar dengan prinsip takaful.
"Anugerah ini bagi mengiktiraf inisiatif Tabung Haji,khususnya melalui pelan perlindungan TH Khairat.
"Ia memainkan peranan penting dalam memperkukuh perlindungan kewangan umat Islam serta menyokong matlamat utama Maqasid Syariah," katanya.
Tambah beliau,inisiatif seperti TH Khairat juga membantu meningkatkan kesedaran pendeposit terhadap kepentingan perancangan kewangan menyeluruh.
Melalui kerjasama strategik bersama Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) dan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT),pendeposit TH kini boleh mendaftar sehingga empat sijil perlindungan Khairat dengan jumlah perlindungan keseluruhan sehingga RM48,000.
Sekiranya berlaku kematian ketika menunaikan haji,jumlah perlindungan akan berganda,tanpa sebarang bayaran tambahan.
Sehingga April 2025,lebih 700,000 pendeposit telah melanggan skim tersebut.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur