2025-05-26 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Mei– Menteri-Menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan padu terhadap keanggotaan penuh Timor-Leste dalam blok serantau itu,dengan mengiktiraf kemajuan ketara yang telah dicapai negara berkenaan dalam melaksanakan Pelan Tindakan Keanggotaan ASEAN (ASEAN Roadmap).
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,perkembangan ini merupakan antara sorotan utama dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Jelas beliau,ASEAN bersedia membantu Timor-Leste dalam proses integrasi sepenuhnya,namun negara itu juga perlu melipatgandakan usaha untuk memenuhi semua keperluan perundangan,terutamanya di bawah pilar ekonomi.
“Masih banyak instrumen yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste. Daripada 84 instrumen asal,jumlah tersebut kini telah dikurangkan kepada 66,yang kebanyakannya melibatkan bidang ekonomi di bawah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
"Keperluan di bawah bidang Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) pula sebahagian besarnya telahpun diselesaikan," katanya pada satu sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Beliau berkata,ASEAN turut mencadangkan sekiranya Timor-Leste masih belum dapat memenuhi kesemua instrumen dalam masa terdekat,satu tempoh masa yang munasabah boleh diberikan.
Katanya sokongan ini sejajar dengan prinsip ASEAN yang menekankan perpaduan serantau.
Datuk Seri Mohamad Hasan turut menyuarakan harapan agar keanggotaan penuh Timor-Leste dapat dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak ASEAN bersama rakan dialog pada penghujung Oktober ini.
Dalam pada itu,beliau berkata semua cadangan dan keputusan yang dipersetujui pada peringkat menteri hari ini akan dibincangkan para pemimpin tertinggi ASEAN dalam mesyuarat esok.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur