2025-05-26 HaiPress

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH),Anuar Ahmad meminta masyarakat hanya merujuk kepada 37 syarikat yang telah dilesenkan oleh Tabung Haji
MEKAH,26 Mei - Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan pelbagai iklan yang menawarkan pakej haji menggunakan visa Mujamalah,khususnya yang tersebar di media sosial.
Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH),Anuar Ahmad berkata,tawaran ini berisiko menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang akibat penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Sesiapa yang sudah memiliki visa untuk menunaikan haji perlu memilih salah satu daripada 37 syarikat yang telah dilesenkan oleh Tabung Haji.
"Jika terdapat tawaran daripada syarikat selain daripada senarai ini,orang ramai dinasihatkan agar tidak menerimanya kerana kita tidak mengetahui keupayaan syarikat tersebut,lokasi penginapan,jenis perkhidmatan yang ditawarkan,dan paling penting,mereka tidak berada di bawah kawal selia Tabung Haji,” tegasnya.
Mujamalah adalah visa dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi yang hanya diberikan kepada individu atau kumpulan tertentu.
Tahun ini 28.3% daripada keseluruhan jemaah haji Malaysia memilih untuk menunaikan rukun Islam ke-5 itu menerusi 37 PJH yang dilantik Lembaga Tabung Haji (TH).
TH berharap orang ramai sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan tidak mahu kes yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini di mana ada jemaah haji terkandas akibat ditipu oleh syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan pakej haji.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur