2025-05-26 HaiPress
Foto hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Mei- Para pemimpin Asia Tenggara berhimpun di ibu negara hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu utama serantau.
Atur cara padat hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 (Pleno),diikuti sesi perbincangan (permukiman) yang menyaksikan para pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai cabaran semasa,keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.
Turut dijadualkan ialah Sesi Dialog Pemimpin ASEAN bersama Wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA),Sesi Dialog bersama Wakil Belia ASEAN,serta Sesi Dialog bersama Wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC).
Kemuncak acara hari ini ialah pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama,yang menjadi penanda aras strategik dalam membentuk fasa seterusnya pembangunan Komuniti ASEAN.
Sidang hari ini akan diakhiri dengan Majlis Makan Malam Gala yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menampilkan pelbagai hidangan tempatan serta persembahan kebudayaan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 diadakan dengan tema Pengerusi ASEAN 2025 oleh Malaysia,iaitu “Keterangkuman dan Kemampanan.”
Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN,selepas 1977,1997,2005 dan 2015.
Bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN,dua pertemuan penting peringkat tinggi turut diadakan,iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China pertama,yang menjadi platform strategik untuk memperkasa kerjasama serantau dan antara serantau.- BERNAMA
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur