2025-05-26 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Mei - Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 yang akan dilancarkan pada Sidang Kemuncak ke-46,bakal mencermikan komitmen ASEAN dalam memperkukuh integrasi ekonomi di rantau itu.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelan tersebut bertujuan membina ketangkasan dan daya tahan terhadap situasi luar jangka.
"Pelan Strategik AEC antara lain berhasrat untuk meningkatkan perdagangan intra-ASEAN secara ketara,serta memperkukuh kesalinghubungan sebagai pasaran tunggal untuk barangan,perkhidmatan dan pelaburan serta merangsang daya saingan rantau ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat awal bersama media mengenai Pelan Strategik AEC 2026-2030 di ibu negara.
Tambah Tengku Zafrul,pelan berkenaan turut memberi penekanan terhadap kesediaan ASEAN ke arah pembaharuan,kesalinghubungan yang dipertingkatkan dan inovasi berpaksikan prinsip keterangkuman dan kemampanan.
"Ini akan memperkukuh daya tarikan dan kapasiti perindustrian ASEAN menerusi produktiviti serta kecekapan sumber pada masa sama,menarik pembiayaan dan pelaburan hijau," jelasnya.
Sementara itu,Tengku Zafrul turut memaklumkan pelan tersebut menyentuh keterbukaan pasaran ASEAN serta kesanggupan dalam melakukan libat urus dengan rakan kongsi luar selain rakan dan pasaran tradisional.
Ini bagi memperkukuh makroekonomi ASEAN yang berdaya tahan.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur