2025-05-26 IDOPRESS

JEMPOL,25 Mei - Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan serta merta peruntukan membaiki rumah rosak akibat ribut di Kampung Baru Ayer Hitam,Kampung Dusat dan FELDA Lui Barat,petang semalam.
Exco Kanan kerajaan negeri,Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata,kerja baik pulih itu akan dimulakan esok di bawah pemantauan Jawatankuasa Bencana Daerah.
Jelasnya,sebanyak 94 rumah dari ketiga-tiga kampung itu sudah dikenal pasti kerosakan dan akan dibaiki mengambil masa satu hingga enam hari.
“Buat masa ini,25 orang daripada enam keluarga berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Lui Barat yang mula dibuka pada jam 6.45 petang semalam,” katanya.
Dalam pada itu,beliau turut melawat penduduk di PPS berkenaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui,Datuk Mohd Razi Mohd Ali.
Selain itu,Jalaluddin turut berkata,mangsa yang terjejas akan terus berada di PPS sehingga rumah mereka siap dibaiki.
Semalam,penduduk di situ dikejutkan dengan kejadian ribut yang melanda kira-kira pukul 4.15 petang,namun tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur