2025-05-26 IDOPRESS

Foto RTM
DUNGUN,25 Mei–Indah Water Konsortium (IWK) terus mengorak langkah sebagai peneraju dalam sektor pembetungan apabila diiktiraf sebagai salah satu daripada 300 Pemimpin Air Global pada persidangan antarabangsa Sidang Kemuncak Air di Paris baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IWK,Narendran Maniam,pengiktirafan tersebut merupakan hasil usaha berterusan dalam mentransformasikan syarikat ke arah lebih berdaya saing dan berinovasi,sekali gus menempatkan Malaysia di pentas antarabangsa dalam industri air.
“Tahun ini,ucaptama oleh Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga MenteriPeralihan Tenaga dan Transformasi Air bersempena pembukaan sidang turut mengangkat inisiatif transformasi air negara.
"Ia menerima reaksi yang sangat positif dalam kalangan hampir 700 pakar air dari seluruh dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika tinjauan Skuad Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Zon Timur ke dua lokasi masjid utama,iaitu Masjid Al Hijrah Tok Bali,Kelantan dan Masjid Al Huda,Terengganu.
Tinjauan turut memberi tumpuan kepada aspek sanitasi komuniti sebagai sebahagian daripada agenda transformasi air.
Narendran juga menekankan kepentingan penyelenggaraan sistem pembetungan secara berkala,terutama melibatkan tangki septik,bagi mengelakkan pencemaran air dan persekitaran.
“Tangki septik perlu dikosongkan sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun bagi kawasan di bawah pengoperasian pihak berkuasa tempatan,dan tiga tahun sekali di luar kawasan operasi.
"Jika tidak,ia boleh menyebabkan limpahan kumbahan ke longkang dan mencemar alam sekitar,” jelasnya.
Selain itu,IWKkini aktif terlibat dalam pelbagai sesi panel,perkongsian amalan terbaik dan tender antarabangsa termasuk dalam aspek pembiayaan dan pembinaan aset,serta pengurusan perubahan organisasi.
Tinjauan PETRA ini merupakan sebahagian daripada usaha dalam menilai keberkesanan dasar di lapangan.
Dalam masa sama,memastikan perkhidmatan asas seperti air dan pembetungan memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur