2025-05-26 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof./Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Mei - Pelaksanaan projek Grid Tenaga ASEAN dilihat mampu memperkukuh jalinan kerjasama dan memberi manfaat antara negara blok berkenaan dengan Malaysia dalam meneroka sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Jelas Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof,setiap negara mempunyai peluang dan sumber tersendiri namun dalam masa sama tetap berdepan dengan beberapa kekurangan.
"Mengambil contoh sekarang ini kita sudah pun ada ikatan dengan Laos,Malaysia,Thailand dan Singapura. Laos sebenarnya menjualkan tenaga kepada Singapura tetapi dia perlu melalui Malaysia. Jadi dia kena bayar caj pengangkutan melalui grid kita".
"Tapi adakalanya Laos pada musim sejuk,airnya beku jadi bekalan hidro tidak berfungsi jadi pada masa itu tiada bekalan tenaga dari Laos ke Singapura,dia akan ambil daripada Thailand dan Malaysia untuk bekalkan kepada Singapura,katanya selepas menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 di Kuala Lumpur.
Sebelum ini,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata Malaysia bersetuju dengan cadangan Laos supaya fasa kedua projek Grid Tenaga ASEAN disegerakan bagi memberi manfaat kepada negara anggota blok berkenaan.
Cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Laos,Sonexay Siphandone itu,katanya akan dibincangkan pada sesi pemukiman pemimpin ASEAN.
Tambah Datuk Seri Fadillah,sekiranya sumber tenaga di negara ini tidak mencukupi atau terputus bekalan disebabkan insiden tertentu,pendekatan yang sama boleh digunakan.
"Ambil insiden yang berlaku di Putra Height bila paip gas kita meletup jadi kita terpaksa tutup saluran gas supaya tidak menjejaskan lagi kawasan itu,bila tertutup maknanya aliran gas kita nak sampai ke utara dari selatan tidak dapat. Jadi kita terpaksa berunding dengan Thailand dan Thailand bantu kita bekalkan gas ke Utara sebab supaya perniagaan di utara tidak terjejas",
"Jadi inilah yang dapat kita saling bantu membantu antara satu sama lain,ini salah satu perkongsian kemakmuran hanya kalau kita dapat berkongsi,saling bantu membantu sama lain supaya negara ASEAN itu menjadi lebih kukuh dan kompetitif,"katanya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur