2025-05-26 IDOPRESS
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,23 Mei - IJM Corporation Bhd menerima kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi projek sambungan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) serta penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada.
Dalam kenyataan hari ini,katanya projek itu akan dilaksanakan oleh Bahagian Tol Infrastruktur IJM yang menguruskan konsesi lebuh raya milik kumpulan berkenaan.
Pelaksanaan projek sambungan itu akan melibatkan kos pembinaan kira-kira RM1.4 bilion,katanya.
Menurut kumpulan,sambungan NPE bertingkat sepenuhnya sepanjang 15 kilometer (termasuk laluan berarah) bertujuan meningkatkan kesalinghubungan,mengurangkan kesesakan dan meningkatkan mobiliti di koridor utama Lembah Klang.
“Projek sambungan NPE,dengan plaza tol baharu akan dibiayai sepenuhnya oleh pemegang konsesi tanpa sebarang pembiayaan daripada kerajaan. Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada suku ketiga 2025,dan lebuh raya ini disasarkan mula beroperasi pada 2029,” menurut kenyataan itu.
IJM berkata penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada memerlukan kadar tol semasa dikekalkan sehingga tamat tempoh konsesi.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan kumpulan Datuk Lee Chun Fai berkata kelulusan ini merupakan pencapaian penting dalam usaha kumpulan untuk menambah baik mobiliti bandar di Lembah Klang.
Bagi menyokong perjalanan ulang-alik yang bersedia untuk masa depan,sambungan NPE akan dilengkapi dengan ciri-ciri infrastruktur pintar seperti sistem tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) Malaysia,pemantauan CCTV masa nyata yang bersepadu,lampu jalan pintar dan kawasan hentian rehat baharu dengan stesen pengecasan pantas bagi kenderaan elektrik.
“IJM kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan KKR dan agensi kerajaan yang berkaitan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan sambungan NPE ini.
“Kumpulan akan terus mengekalkan libat urus terbuka dan telus dengan pihak berkepentingan sepanjang pembangunan projek berkenaan,” kata IJM. - BERNAMA
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur