2025-05-26 IDOPRESS

Foto PKNS LINKAR 52
SHAH ALAM,24 Mei- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan projek Linkar 52,sebuah pembangunan berorientasikan transit (TOD) di bandar raya Shah Alam.
Linkar 52 merupakan projek TOD pertama PKNS,terdiri daripada dua menara setinggi 33 tingkat dengan jumlah keseluruhan 615 unit kediaman dan 19 unit lot perniagaan runcit,lengkap dengan empat lif bagi setiap menara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS,Datuk Mahmud Abbas berkata,dengan keluasan binaan antara 450 hingga 850 kaki persegi,projek ini amat sesuai untuk individu dan pasangan yang menggemari gaya hidup minimalis.
Menurutnya,komponen pertama yang dibangunkan oleh PKNS di bawah projek SA Sentral ini menawarkan harga bermula RM351,000 seunit.
"Linkar 52 terletak di lokasi strategik yang menggabungkan semua aspek hab komersial moden,selari dengan infrastruktur sekeliling serta akses kepada pelbagai kemudahan.
"Kediaman ini turut menawarkan akses strategik dengan jarak hanya 100 meter ke Lebuh Raya Persekutuan dan 50 meter ke Stesen LRT3 Dato’ Menteri," katanya pada Majlis Pelancaran Projek Linkar 52,di sini.
Linkar 52 yang dijadualkan siap pada suku kedua 2029 dibangunkan di kawasan Seksyen 14,Shah Alam dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM314.42 juta.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur