2025-05-26 IDOPRESS

Kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Tonggak Ekonomi ASEAN bakal menjadi tumpuan utama Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,24 Mei – Kemajuan pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Tonggak Ekonomi ASEAN bakal menjadi tumpuan utama Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 yang dijadual berlangsung esok.
Menurut Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),perbincangan akan merangkumi hasil inisiatif yang digariskan menerusi Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 yang dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Mesyuarat itu juga dijangka membincangkan tahap kemajuan ke arah pelancaran Pelan Strategik AEC baharu bagi tempoh 2026-2030.
Tumpuan turut diberikan kepada perubahan dasar ekonomi oleh kuasa-kuasa ekonomi utama dunia serta strategi ASEAN dalam menanganinya,yang akan diperhalusi oleh Menteri-menteri Ekonomi ASEAN,Menteri Luar Timor-Leste serta Setiausaha Agung ASEAN.
Selain itu,Majlis AECC ke-25 dijangka mempertimbangkan dan mengesahkan beberapa laporan serta dokumen hasil yang akan dibawa untuk diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Sebagai persiapan menjelang mesyuarat utama,Mesyuarat Persediaan Pegawai Kanan Ekonomi (Prep-SEOM) telah diadakan hari ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) MITI,Mastura Ahmad Mustafa serta dihadiri Ketua-ketua Pegawai Kanan Ekonomi ASEAN dan Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Ekonomi ASEAN,Satvinder Singh.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur