2025-05-27 HaiPress

Pertemuan dua hala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri China,Li Qiang di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN 2045 di ibu negara/Foto Facebook PMO
KUALA LUMPUR,26 Mei – Malaysia dan China sepakat untuk terus mempertingkat kerjasama strategik serantau khususnya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),pembangunan tenaga hijau dan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Antara bidang kerjasama yang menjadi tumpuan termasuk sektor ekonomi,perdagangan,industri halal,pengangkutan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,pendirian itu dicapai menerusi pertemuan dua hala beliau bersama Perdana Menteri China,Li Qiang di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN 2045.
“Kami senada untuk terus mempertingkat kerjasama strategik,khususnya melalui platform Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang berlangsung di Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebook,hari ini.
Datuk Seri Anwar selaku Pengerusi ASEAN turut merakamkan penghargaan sokongan China dalam usaha meningkatkan solidariti dan kerjasama antara negara-negara Selatan Global.
Ini menurutnya secara tidak langsung menyumbang kepada keamanan,kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.
“Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia,China dan seluruh ASEAN. Semoga Sidang Kemuncak ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi rantau secara menyeluruh,” katanya.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur