2025-05-27 HaiPress
Presiden Filipina,Ferdinand Romualdez Marcos Jr / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,27 Mei - Usaha sama negara anggota Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dalam beberapa bidang membawa kepada kemajuan yang ketara.
Ini meliputi inisiatif bersama dalam bidang perhubungan,pelaburan,keselamatan makanan,ekopelancongan dan pembangunan hijau.
Presiden Filipina,Ferdinand Romualdez Marcos Jr berkata kerjasama erat antara negara anggota BIMP-EAGA meletakkan asas lebih mantap untuk pertumbuhan inklusif,mampan dan berteraskan inovasi.
"Bersama-sama,kami telah membuat asas-asas yang lebih kukuh untuk pertumbuhan inklusif,lestari dan inovatif diteruskan,' katanya.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ke-16 di ibu negara.
Marcos Jr turut menyeru negara-negara BIMP-EAGA terus memperhebat sinergi bagi memastikan visi bersama memberi impak jangka panjang.
Sidang kemuncak kali ini juga meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan Kerjasama Ekonomi Sub-Wilayah BIMP-EAGA.
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur