2025-05-27 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,26 Mei- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Isnin,didorong oleh kejutan tarif yang dijangka memberi kesan negatif kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS),kata seorang penganalisis.
Pada pukul 8.04 pagi,ringgit meningkat kepada 4.2100/2410 berbanding mata wang AS daripada 4.2285/2345 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata rang undang-undang cukai diluluskan oleh Dewan Perwakilan AS baru-baru ini dijangka meluaskan defisit fiskal dan meningkatkan tahap hutang kerajaan.
“Penurunan penarafan kredit berdaulat AS oleh Moody’s Ratings yang berlaku sebelum kelulusan undang-undang itu telah menyebabkan hasil Perbendaharaan AS naik lebih tinggi dengan bon 30 tahun melebihi markah 5.0 peratus,akibatnya pinjaman akan menjadi lebih mahal.
“Pasaran kini berada di persimpangan kritikal kerana dolar US,secara tradisinya dilihat sebagai mata wang selamat...namun status itu sekarang dikaji semula,” katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu,Mohd Afzanizam berkata ringgit dijangka kekal positif berikutan kelemahan dolar AS.
Paras sokongan dan rintangan US$/RM semasa,masing-masing pada 4.0942 dan 4.2624,katanya.
"Dengan mengandaikan ringgit mengukuh lagi 0.5 peratus minggu ini,pasangan AS$/RM boleh ditutup sekitar 4.2103,dalam julat 4.22 hingga 4.23," katanya.
Pada pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama lain.
Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.7016/7436 daripada 5.7072/7153 ketika ditutup pada Jumaat,meningkat berbanding euro kepada 4.7918/8271 daripada 4.7985/8053,melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.9490/9709 daripada 2.9502/9546.
Dalam pada itu,berbanding mata wang negara ASEAN,ringgit menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2775/3022 daripada 3.2891/2940 pada Jumaat,naik berbanding baht Thailand kepada 12.9173/13.0252 daripada 12.9744/13.0012 sebelum itu.
Unit tempatan juga melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.68 daripada 7.65/7.66 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/261.5 daripada 260.7/261.1 sebelum itu.- BERNAMA
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur