2025-05-27 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,26 Mei- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM35.26 bilion manakala dana Islam RM25.06 bilion.
Hari ini,BNM akan menjalankan dua repo berbalik,masing-masing merangkumi RM2.1 bilion untuk tujuh hari dan 31 hari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan sehingga RM39.5 bilion bagi tender semalaman konvensional dan RM25.2 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur