2025-05-27 HaiPress

Malaysia Airports mencatatkan peningkatan sebanyak 13.9 peratus dalam pergerakan penumpang bagi bulan April 2025 / Foto Hiasan / Bernama
SEPANG,26 Mei – Malaysia Airports mencatatkan peningkatan sebanyak 13.9 peratus dalam pergerakan penumpang bagi bulan April 2025,dengan jumlah keseluruhan mencapai 12.1 juta penumpang di semua rangkaiannya di Malaysia dan Türkiye.
Pertumbuhan itu didorong oleh pelancaran beberapa laluan baharu,termasuk perkhidmatan harian British Airways dari London ke KLIA,penerbangan empat kali seminggu FitsAir dari Colombo ke KLIA Terminal 2,serta laluan Myanmar Airways International dari Yangon ke Pulau Pinang.
Pengarah Urusan Malaysia Airports,Datuk Mohd Izani Ghani berkata perkembangan itu mencerminkan permintaan yang semakin meningkat selain kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan,sekali gus membuka lebih banyak peluang pelancongan dan pelaburan ke Malaysia.
“Di Malaysia sahaja,pergerakan penumpang meningkat 15.6 peratus kepada 8.3 juta,dengan perjalanan domestik melonjak 25.2 peratus kepada 4.2 juta penumpang,didorong oleh musim perayaan dan cuti sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.
Sektor antarabangsa turut mencatatkan peningkatan 7.5 peratus,juga kepada 4.2 juta penumpang.
Sementara itu,di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen,Türkiye,jumlah pergerakan penumpang turut meningkat sebanyak 10.3 peratus,dengan mencatatkan 3.8 juta penumpang sepanjang April.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur