2025-05-27 HaiPress

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 mencatat detik bersejarah apabila ASEAN secara rasmi melancarkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,27 Mei – Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 mencatat detik bersejarah apabila ASEAN secara rasmi melancarkan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama Kita,yang menjadi penanda aras baharu hala tuju pembangunan rantau ini bagi dua dekad akan datang.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi catatan di laman Facebooknya berkata,Malaysia selaku Pengerusi ASEAN amat berbangga menerajui pencapaian penting itu.
Menurut beliau,deklarasi tersebut dibina berasaskan enam pelan strategik yang meliputi dimensi politik,keselamatan,ekonomi,sosio-budaya dan keterhubungan serantau,sekali gus mencerminkan cita-cita serta matlamat bersama yang jelas.
"Deklarasi Kuala Lumpur 2045 turut memberi penekanan terhadap pelbagai cabaran global semasa termasuk kemajuan teknologi,perubahan iklim,serta ketegangan geopolitik yang semakin kompleks.
“Deklarasi ini bukan sekadar hala tuju dasar ASEAN,malah ia merupakan legasi perpaduan dan kesepakatan yang akan diwariskan kepada generasi masa depan,” kata Tengku Zafrul.
Malaysia menyifatkan penggubalan deklarasi itu sebagai pencapaian penting dalam memastikan ASEAN terus kekal relevan,berdaya saing dan inklusif dalam landskap global yang pesat berubah.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur