2025-05-27 IDOPRESS

Tan Sri Nazir Razak
KUALA LUMPUR,26 Mei- Ketidaktentuan ekonomi global mendorong negara-negara ASEAN untuk lebih giat meneroka dan memanfaatkan potensi ekonomi serantau.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC),Tan Sri Nazir Razak berkata,kerjasama serantau perlu dipertingkat,terutamanya menerusi peluang ekonomu dan pengukuhan hubungan negara anggota.
"Kita perlu lebih banyak cari peluang antara negara kita,dalam rantau kita sendiri khususnya dalam mendepani cabaran global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perjumpaan Pemimpin ASEAN dengan Perwakilan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara.
Tan Sri Nazir turut menekankan bahawa kolaborasi erat antara sektor awam dan swasta,serta kerjasama rentas negara dalam kalangan komuniti perniagaan ASEAN dilihat sebagai strategi menang-menang untuk mendepani cabaran ekonomi semasa dan memacu pertumbuhan mampan.
"Saya rasa berada dalam kedudukan serantau,kita perlu bersatu untuk mendepani cabaran global semasa.
"Perkara itu bermaksud sektor awam dan swasta negara anggota perlu bekerjasama dan berusaha lebih gigih untuk mencapai lebih banyak kebersamaan," katanya lagi.
Tan Sri Nazir menyifatkan sesi libat urus berkenaan merupakan platform penting untuk menyampaikan pandangan dan cadangan komuniti perniagaan terus kepada pemimpin tertinggi ASEAN.
Namun perkara yang dikemukakan masih memerlukan masa serta penelitian dasar lanjut negara anggota sebelum dilaksanakan.
menyatakan kepuasan beliau terhadap sesi libat urus antara ASEAN-BAC dan pemimpin ASEAN yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu,walaupun mengakui beberapa projek yang dicadangkan akan memerlukan masa serta penelitian dasar lanjut daripada kerajaan-kerajaan ASEAN.
Sesi libat urus itu merupakan sebahagian daripada agenda Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur.
Kerajaan tingkat infrastruktur LDA tarik pelaburan, pacu ekonomi
KPM komited perkukuh ekosistem pendidikan Islam melalui SABK
Formula 1 GP Bahrain : Malaysia anjur percuma, hanya tanggung kos naik taraf litar Sepang
RCI Tabung Haji: Tiada individu dilindungi jika didapati bersalah – PM
Masyarakat wajib salur maklumat jenayah, jangan tunggu jadi mangsa
KUSKOP lulus pembiayaan RM570.5 juta kepada lebih 32,000 usahawan, koperasi di Sabah
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur