2025-05-27 IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,26 Mei - Seorang lagi jemaah haji meninggal dunia di tanah suci,menjadikan ia kematian keempat yang dilaporkan setakat ini bagi musim haji 1446H.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menerusi hantaran Facebook.
"Allahyarham Mohamad Noor Mustaffar dari penerbangan KT014 berasal dari Kuala Rompin,Pahang menghembuskan nafas terakhir di Rehab Al-Janadiriyyah,Mekah akibat serangan jantung.
Allahyarham pergi dalam keadaan mulia,sebagai tetamu Allah,dalam usaha menunaikan rukun Islam kelima," kata Datuk Dr. Mohd Na’im.
Menurut Tabung Haji,pelaksanaan badal haji bagi pihak allahyarham akan diuruskan termasuk segala urusan berkaitan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur