2025-05-27 IDOPRESS

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China,Li Qiang ketika Makan Malam Gala bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 / BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Mei- Sidang kemuncak trilateral antara ASEAN,Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan China disifatkan sebagai ‘pertemuan minda’ dalam usaha memperkukuh kerjasama tiga hala bagi meningkatkan perdagangan dan pelaburan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menekankan transformasi GCC yang luar biasa,sambil menyifatkannya sebagai salah satu ekonomi paling aman dan pesat berkembang di dunia.
Beliau turut menegaskan semula pendirian ASEAN bahawa China kekal sebagai rakan yang dihargai blok itu.
"Ini adalah pertemuan minda,orang yang ingin membangunkan negara mereka,percaya kepada kemerdekaan dan pelbagai jenis pengaturan hala.
"Apakah mesyuarat ini? Ia adalah platform pelbagai hala untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini,hari ini.
Datuk Seri Anwar berkata,ia bukan sekadar pertemuan negara,tetapi sokongan,kasih sayang dan kepercayaan pemimpin ASEAN yang tiada tandingan serta unik.
"Kepada GCC,anda adalah rakan kongsi kami. Sila yakin bahawa perkongsian ini mesti dibina berdasarkan kepercayaan dan kami berada di sini untuk berkhidmat serta mengambil bahagian.
"Perdana Menteri Li (Li Qiang),sila yakin bahawa apa sahaja yang diperkatakan,apa jua keadaan dan kerumitan,kami berada di sini sebagai rakan China," jelasnya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur