2025-05-27 IDOPRESS

Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Mei- Sebanyak 65,000 kursus pembangunan kemahiran percuma akan ditawarkan menerusi penganjuran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) sempena Tahun Kemahiran ASEAN (AYOS) 2025 yang dijadual berlangsung pada 14 Jun hingga 21 Jun 2025 di Bukit Jalil,Kuala Lumpur.
Menteri Sumber Manusia (KESUMA),Steven Sim berkata buat julung kalinya NTW akan diperluaskan kepada rakan serantau ASEAN sempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
"NTW tahun ini akan menawarkan 65,000 kursus pembangunan kemahiran percuma yang antaranya meliputi bidang kecerdasan buatan,digitalisasi,dan teknologi hijau.
"Selain syarikat latihan tempatan,penganjuran bakal menyaksikan penglibatan organisasi latihan di peringkat global seperti Microsoft,Udemy,Awantech dan Aibaba," katanya semasa berucap pada Simposium Pelaburan Pembangunan Modal Insan di sini.
Tambah beliau,objektif NTW 2025 bagi memberi pendedahan kemahiran berkualiti tinggi kepada sekurang-kurangnya lima juta penduduk ASEAN.
"Kami menyasarkan untuk menyediakan pendedahan kursus latihan kemahiran berkualiti tinggi sekurang-kurangnya kepada lima juta penduduk ASEAN dengan anggaran nilai hampir AS$600 juta atau RM2.5 bilion," ujar beliau.
Mengulas mengenai penganjuran Simposium Pelaburan Pembangunan Modal Insan hari ini,beliau memaklumkan ia merupakan empat daripada program utama sempena AYOS 2025.
Selain memperkukuh kerjasama dengan negara serantau dalam sektor pembangunan modal insan,AYOS 2025 juga ke arah merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai penyedia latihan kemahiran bertaraf dunia.
"Ini selari dengan aspirasi Malaysia untuk berusaha ke arah pembangunan kemahiran dan membina latihan kemahiran bertaraf dunia di negara ini.
"Penganjuran simposium hari ini merupakan satu daripada empat program utama di bawah AYOS.
"Selepas ini,diikuti dengan Persidangan Latihan Pasaran ASEAN pada Julai,Persidangan TVET ASEAN pada Ogos,dan kemuncaknya Forum Latihan Global dan Forum Pertemuan Menteri Buruh ASEAN pada Oktober," katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur