2025-05-28 HaiPress

Fadhlina Sidek ditemui pemberita selepas melancarkan program Dermasiswa STPM anjuran Farm Fresh Berhad di SMK Tun Syed Sheh Barakbah,Sungai Bakap
JAWI,27 Mei- Seorang guru wanita yang dikaitkan dengan dakwaan menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang telah direhatkan daripada tugasan rasmi.
Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek memaklumkan tindakan itu bagi membolehkan siasatan dijalankan tanpa sebarang gangguan.
"Kes tersebut masih dalam proses siasatan. Maknanya kita ambil tugas memastikan bahawa tiada gangguan dalam siasatan.. maknanya kita keluarkan daripada sekolah (tugasan) supaya siasatan boleh berlangsung dengan lebih mudah,tanpa gangguan.
"Dalam erti kata direhatkan daripada mengajar,tetapi masih menjalankan tugas-tugas sebagai seorang kakitangan awam sementara siasatan diteruskan," katanya.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa integriti warga pendidik sentiasa menjadi keutamaan dan sebarang pelanggaran etika akan ditangani secara tegas.
Terdahulu,Fadhlina hadir ke pelancaran Program Dermasiswa STPM anjuran Farm Fresh Berhad di SMK Tun Syed Sheh Barakbah,Sungai Bakap.
Guru wanita berkenaan menjadi perhatian umum selepas tangkap layar perbualan berunsur lucah bersama seorang lelaki yang juga juruteknik pendawaian elektrik tular di media sosial.
Wanita itu turut tampil memohon maaf selepas menerima kecaman hebat netizen.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur