2025-05-28 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto FB Datuk Seri Anwar Ibrahim/ PMO
KUALA LUMPUR,27 Mei- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025,di bawah kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima pujian daripada pakar ekonomi terkemuka dunia,Prof. Jeffrey D. Sachs.
Beliau yang ditemui selepas Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Kedua,memuji Datuk Seri Anwar atas kepimpinan proaktif dan konkrit khususnya dalam menangani krisis di Myanmar.
Profesor dari Universiti Columbia dan Presiden Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata pendekatan proaktif Malaysia mencerminkan diplomasi yang bertanggungjawab,bukan campur tangan dalam memupuk keamanan dan kestabilan ASEAN.
"Jadi,ini bukan satu bentuk campur tangan di mana sesebuah negara mencampuri urusan dalaman negara lain. Sebaliknya,ia adalah usaha untuk memudahkan penyelesaian bagi salah satu negara anggota penting ASEAN. Saya sememangnya menyokong apa yang sedang diusahakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim",katanya.
Tambah beliau,peranan diplomatik ASEAN yang dilihat semakin berkembang,baik di peringkat dalaman mahupun global.
Beliau menyifatkan peranan itu adalah penting,terutama ketika banyak negara berdepan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan yang semakin meningkat,termasuk daripada kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur