2025-05-28 HaiPress

Foto FB Nur Jazlan Mohamed
MOSCOW,28 Mei - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi pertama ke Rusia Ogos ini.
Perkara berkenaan dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Nur Jazlan Mohamed pada Selasa semasa pertemuan bersama Senator Kanan Rusia bagi Hal Ehwal Luar Grigory Karasin.
Nur Jazlan kini berada di Rusia menghadiri Kongres Ekologi Antarabangsa Nevsky di St. Petersburg.
Beliau turut memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Fadillah Yusof,yang bertanggungjawab dalam bidang tenaga dan sumber air,juga bakal melawat Rusia pada akhir Jun.
Sementara itu,wakil dari 75 negara dan 13 organisasi antarabangsa mengambil bahagian dalam forum tersebut.
Forum membincangan kerjasama antara parlimen secara dua hala dan pembangunan hubungan antara wilayah.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur