2025-05-28 IDOPRESS

Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah / BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 Mei- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.
Menurut Perdana Menteri,baginda berasa sedikit letih dan sedang berehat di pusat perubatan itu.
“Baginda berasa sedikit letih,jadi baginda kini hanya berehat di sana,” kata Datuk Seri Anwar ringkas ketika Sidang Media Penutupan Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur,hari ini.
Setakat berita ini diterbitkan,tiada kenyataan rasmi daripada pihak Istana Brunei mengenai keadaan kesihatan baginda.
Sultan Brunei berkenan berangkat ke ibu negara bersempena denganSidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),di sini selain menghadiri beberapa acara berkaitan termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Persidangan Kemuncak ASEAN-GCC-China.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur