2025-05-28 IDOPRESS

Adly Zahari bercakap pada sidang media ketika sesi libat urus di Micron Memory Malaysia,Batu Kawan
BATU KAWAN,27 Mei- Program Veteran MyWira kini memasuki fasa pengambilan kedua dalam usaha memperkasa ekonomi dan membuka peluang kedua kerjaya bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari,berkata setakat ini seramai 49 orang veteran telah diterima sejak program itu dilancarkan tahun lalu.
“Pengambilan veteran ini dipilih berdasarkan kemahiran mereka untuk memenuhi permintaan industri semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E).
"Kita yakin melalui sektor ini,kejayaan dua veteran tentera dapat diperhebatkan,dan ini adalah antara tanggungjawab kita untuk memastikan ekonomi veteran ATM terus diperkasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi libat urus di Micron Memory Malaysia,Batu Kawan yang turut dihadiri Naib Presiden Micron Memory Malaysia,Ramu Iyer dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp,Thomas Mathew.
Program Veteran MyWira merupakan hasil kerjasama Kementerian Pertahanan,Kementerian Sumber Manusia dan PERHEBAT.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur