2025-05-28 IDOPRESS

Setiausaha Agung ASEAN,Dr Kao Kim Hourn / Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Mei – ASEAN berpeluang meneroka potensi dan bidang kerjasama baharu menerusi sinergi lebih kukuh bersama Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.
Setiausaha Agung ASEAN,Dr Kao Kim Hourn berkata,inisiatif bersama rakan strategik global itu penting dan perlu bergerak seiring dengan usaha pengukuhan ekonomi intra-ASEAN.
“Inisiatif ini penting kerana Asean sentiasa melihat peluang untuk meningkatkan kesatuannya dan sudah tentu pada masa sama,perlu merebut peluang-peluang baharu yang boleh dimanfaatkannya,'' katanya dalam sidang media khas sempena Sidang Kemuncak Asean ke-46.
''Adalah penting untuk mengenal pasti bidang baharu yang boleh dimanfaatkan ASEAN,dan dalam hal ini,kerjasama dengan GCC serta China membuka banyak peluang ekonomi yang masih belum diterokai sepenuhnya,'' tambahnya.
Beliau yang mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitanberkata,kekuatan dan keunikan setiap rantau terlibat turut menjadi kelebihan kepada kerjasama baharu ini.
Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China antara pencapaian penting dalam Sidang Kemuncak Asean ke-46 kali ini.
Ia julung kali diadakan hasil inisiatif yang dipelopori Malaysia sebagai tuan rumah Asean tahun ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur