2025-05-28 IDOPRESS

Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Mei-Malaysia,Indonesia dan Thailand hari ini menandatangani rangka kerjasama berkaitan Kastam,Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bersempena dengan Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia,Malaysia dan Thailand yang ke 16,di sini.
Malaysia diwakili oleh Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli,manakala Indonesia diwakili oleh Airlangga Hartarto,Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi dan Timbalan Menteri Kewangan Thailand Julapun Amornvivat.
Objektif kerjasama berkenaan adalah untuk memperkukuhkan kerjasama CIQ dengan mempromosikan tatacara yang lebih cekap dan mesra perniagaan dalam pelaksanaan peraturan,undang-undang dan prosedur bagi memastikan pergerakan barangan dan orang yang lancar merentasi sempadan.
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan perlindungan rantaian bekalan subserantau dengan mewujudkan mekanisme yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan daya saing perdagangan di seluruh IMT-GT.
IMT-GT ialah program kerjasama ekonomi subserantau yang dilancarkan pada tahun 1993 untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah-wilayah yang terlibat dengan meningkatkan perdagangan,pelaburan,pelancongan dan kerjasama,dengan matlamat untuk mewujudkan subserantau yang bersepadu,inovatif,inklusif dan mampan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur