2025-05-28 IDOPRESS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama pemimpin ASEAN/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,27 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 sebagai antara yang paling substantif dalam sejarah,hasil semangat kebersamaan luar biasa antara pemimpin serantau.
“Kita telah mencapai objektif persidangan ini dan ini adalah hasil daripada sokongan dan semangat kebersamaan para pemimpin ASEAN,” katanya dalam sidang media penutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN KE-46 hari ini.
Datuk Seri Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran persidangan,termasuk Kementerian Luar Negeri,Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Kementerian Ekonomi,Kementerian Kewangan,Kementerian Dalam Negeri dan agensi penguatkuasaan.
Beliau turut menyentuh pertemuan bersama Majlis Kerjasama Teluk (GCC),yang disifatkan sebagai pengalaman sebenar pertama selepas mesyuarat sulung dua tahun lalu di Riyadh.
“Kali ini kita saksikan siri cadangan dan perbincangan yang sangat teliti,termasuk kenyataan bersama yang sangat terperinci,” ujar beliau.
Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa pertemuan bersama Premier China,Li Qiang turut menyentuh beberapa bidang kerjasama khusus,termasuk isu-isu seperti Myanmar,tarif,serta projek bersama yang telah dipersetujui.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur