2025-05-28 IDOPRESS
Dengan kesemua seksyen dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat,WCEHB optimis terhadap peralihan ke arah keuntungan yang mampan dan pertumbuhan jangka panjang / Foto ihsan WCE
KLANG,27 MEI 2025 – Prestasi Kewangan WCE Holdings Bhd (WCEHB) menerusi anak syarikat dengan pegangan 80 peratus,West Coast Expressway Sdn Bhd catat pertumbuhan ketara hasil kutipan tol sebanyak RM32.6 juta bagi tempoh suku ketiga berakhir 31 Mac 2025.
Ia merupakan lonjakan 144 peratus berbanding RM13.4 juta pada suku sama tahun kewangan sebelumnya.
Prestasi kukuh itu dipacu oleh pembukaan beberapa seksyen lebuh raya yang secara kolektif menyumbang kepada peningkatan jumlah trafik.
Purata trafik harian bagi setiap bahagian tol meningkat 96 peratus secara tahunan,mencerminkan pertumbuhan sambungan dan penggunaan lebuh raya.
" Bagi suku keempat TK2025 sahaja,hasil meningkat 247% kepada RM318.1 juta,berbanding RM91.6 juta dalam suku yang sama tahun lalu,didorong oleh aktiviti pembinaan yang lebih tinggi merentasi segmen konsesi dan pembinaan serta hasil kutipan tol pembukaan seksyen baharu yang meningkat 79% dari suku ke suku,menunjukkan pertumbuhan trafik yang memberangsangkan," menurut kenyataan WCEHB.
Mengulas lanjut,WCEHB berkata,segmen konsesi kutipan tol meningkat 107% tahun ke tahun,disumbang oleh pembukaan tiga seksyen utama iaitu Seksyen 1; Banting – Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),Seksyen 2; SKVE – Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Seksyen 11; Beruas – Taiping Selatan.
Projek West Coast Expressway (WCE) membabitkan pembangunan lebuh raya bertol sepanjang 233 kilometer dari Banting,Selangor ke Taiping,Perak (termasuk 40 kilometer lebuh raya yang akan dibina kemudian).
Sehingga 31 Mac 2025,8 daripada 11 seksyen telah siap dan beroperasi,merangkumi 180 km termasuk keseluruhan jajaran Perak (120 km).
Kutipan tol meningkat lebih 2 kali ganda, WCEHB catat prestasi operasi yang lebih kukuh
Sentimen perniagaan Malaysia kekal positif suku kedua 2025 - DOSM
Hubungan erat Malaysia-Singapura terus diperkasa
Masalah kesihatan mental punca ramai kanak-kanak, remaja tidak datang sekolah
Mangsa ribut di Pulau Pinang, terima bantuan
Yang di-Pertuan Agong bakal lakukan lawatan pertama ke Rusia Ogos ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur