2025-05-30 HaiPress

Foto fail
IPOH,30 Mei - 28 penumpang dan seorang pemandu bas ekspres terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbakar dalam kejadian di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Kamunting,malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata,sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dan Taiping dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira 9.50 malam.
Bas berkenaan terbakar hampir 90 peratus dan dipercayai terseret dengan sebuah motosikal yang terbabas di lokasi sama.
"Sebanyak 28 penumpang di dalam bas telah berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum bomba sampai di lokasi kejadian dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata penunggang motosikal yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Katanya,kebakaran bas itu dapat dipadamkan sepenuhnya dengan operasi tamat pada 10.33 malam.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur