2025-05-30 HaiPress

FOTO JAPEN
KUCHING,30 Mei- Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba di Kuching bagi lawatan kerja rasmi dua hari di Sarawak.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM pada pukul 9 pagi tadi menggunakan pesawat khas.
Beliau serta rombongan kemudian bertolak ke sebuah hotel di Kuching bagi menghadiri Taklimat Projek Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Sarawak.
Hadir sama dalam taklimat berkenaan,Timbalan Menterinya Datuk Rubiah Wang,Timbalan Premier Sarawak Dato Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi.
Esok,beliau dijangka akan menghadiri Program Pekebun Kecil Makmur dan Sambutan Pra Gawai Risda Negeri Sarawak di Siburan.
Beliau dijadual akan pulang pada sebelah petang menggunakan pesawat khas TUDM ke Pangkalan TUDM Subang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur