2025-05-30 HaiPress

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
KOTA BHARU,30 Mei - Penyakit kencing manis dan kadar kolesterol dalam kalangan rakyat Kelantan mencatatkan peningkatan melebihi indikator purata nasional.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,situasi itu berdasarkan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023.
Sebanyak 16.3 peratus rakyat di negeri itu menghidap penyakit kencing manis,iaitu peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding indikator purata nasional 15.6 peratus.
"Kadar kolesterol tinggi juga turut menunjukkan peningkatan dalam kalangan rakyat di Kelantan dengan mencatatkan 34.9 peratus (indikator purata nasional 33.3 peratus)," katanya
ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka Wellness Hub Kelantan di Pengkalan Chepa,di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.
Mengulas lanjut,Dzulkefly berkata bagi kategori berat badan berlebihan (obes) di negeri ini pula,sebanyak 51.6 peratus direkodkan (indikator purata nasional 54.4 peratus) manakala penyakit darah tinggi mencatatkan 27.9 peratus (indikator purata nasional 29.2 peratus).
"NHMS 2023 menunjukkan dapatan yang saya kira amat membimbangkan,walaupun Kelantan mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam beberapa indikator berbanding paras nasional.
"Bagi mendepani cabaran ini,KKM telah memperkenalkan dan melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai platform untuk menggerakkan pembudayaan gaya hidup sihat secara menyeluruh," katanya.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur