2025-05-30 HaiPress

Prestasi perladangan kukuh dorong hasil FGV meningkat 11 peratus.
KUALA LUMPUR,29 Mei - FGV Holdings Bhd kembali mencatat keuntungan bersih sebanyak RM36.48 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2025.
Ia berbanding kerugian bersih RM13.50 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan syarikat turut meningkat sebanyak 11 peratus kepada RM5.04 bilion,berbanding RM4.54 bilion sebelumnya.
Peningkatan itu dipacu oleh prestasi kukuh segmen perladangan.
Menurut kenyataan FGV,hasil tandan buah segar (FFB) meningkat sebanyak enam peratus,manakala harga FFB melonjak 24 peratus.
Bagi unjuran masa depan,harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka menurun secara beransur daripada paras semasa RM4,700 satu tan kepada sekitar RM4,000 satu tan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Penurunan harga itu didorong oleh jangkaan peningkatan bekalan berikutan cuaca yang lebih baik,kitaran pengeluaran bermusim yang lebih tinggi serta ketiadaan permintaan bermusim berkaitan perayaan.
FGV dalam masa sama kekal fokus memperkukuh kecekapan operasi dan mengoptimumkan kos,selaras dengan sasaran prestasi 2025.
Dalam jangka masa terdekat,kumpulan merancang meningkatkan hasil tanaman,memaksimumkan nilai aset sedia ada dan memperluas kehadiran dalam pasaran pengguna domestik.
Untuk jangka panjang,FGV sedang melaksanakan kepelbagaian portfolio menerusi produk pengguna cepat laris (FMCG) bernilai tinggi serta penembusan ke pasaran antarabangsa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur